Jika anda terbiasa dengan mencetak menggunakan teknik screen printing dengan mesh 800, 1000 dan mahupun 1200. Bagaimana anda ingin memastikan mengira dan menentukan secara teknikal dalam memilih mesh?
Disini saya kongsikan kenapa mesh menjadi nilai yang tinggi.
Sebenarnya ia bermula dari pembentukan benang tenunan mesh itu sendiri dimana dalam penghasilan proses benang itu sendiri.
Benang mesh mempunyai 2 jenis sebenarnya, filament dan twisted yarn. Untuk kali ini, kenapa nilai mesh jadi tinggi dan didarab dengan sepuluh adalah kerana mesh itu ditenun menggunakan twisted yarn untuk membuat mesh.
Ply – Twisted yarn adalah benda biasa bagi proses pembentukan benang. Dimana beberapa yarn sliver disusun sebelum di twist ataupun di pintalkan bersama untuk membentuk benang. Contoh gambar dibawah dimana beberapa sliver yarn dipintalkan untuk membentuk benang.
Kerana bilangan sliver yarn yang digunakan adalah 10. Itu lah kenapa mesh dimana dalam unit American System 120 menjadi 1200.
Maka terjawablah tanda tanya kenapa mesh sampai 1000, 1200 & beribu – ribu. Benda ini nampak simple tetapi amat penting untuk teknikal. Tulisan bagi pemilihan teknikal ada saya kongsikan sepetimana blog dibawah;
Muhammad Ikhwan. CEO Inter Nexus S/B (dikenali sebagai Inter Sticker & pengasas Inter Couture S/B.
– Head of Delegate for Malaysia at ASEAN – China Young Entrepreneur Forum
– MSc. Technical Textiles, University of Manchester.
– Top 3 Usahawan Belia Bumiputera Terbaik Malaysia.
– Most Outstanding CEO (SME@University)
Dapatkan berita dan tip – tip terbaru dalam industri tekstil dan pakaian.