fbpx

Tips Screen Printing – Ketegangan Blok Mesh Ideal (Siri 1).

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

 

Edit gambar dah ngam, pisah warna dah cun , table pun dah merelip, tapi screen printing masih tak KAW. Mungkin kerana tension screen blok/frame boleh dipersoalkan.

Bukan sahaja tension yang tidak tepat akan mengurangkan kualiti screen printing, ia juga akan mengurangkan keefisyenan kedai anda. Walaubagaimanapun, ada beberapa langkah yang boleh untuk memastikan screen anda dalam keadaan yang terbaik.

Letak anda dalam situasi ini: Anda baru sahaja mahu mulakan screen printing job anda, tetapi hasil yang keluar samar (blur), comot, ataupun mencacatkan. Kita akan terus fikir, ini kerana artwork dan table anda. Selepas melihat semula punca masalah, artwork dah set cun dan table memang dah cantik. Ape lagi nak dipersalahkan? Screen tension mungkin nampak sebagai puncanya, tetapi ia boleh menyebabkan masalah yang besar.

 

Screen mesh tension

Bagaimana Screen Tension Yang Tidak Tepat Akan Menjejaskan Printing Anda?

Screen tension is how tightly your mesh is stretched in the frame, measured in Newtons per square centimeter (N/cm2). Over time, screens lose tension as repeated strokes of the squeegee strain and distort the mesh, making it more difficult for the mesh to return to its original shape. Screens with improper tension can cause a whole host of issues:

Screen tension adalah berapa ketat regangan mesh yang ditarik didalam blok/frame. Diukur menggunakan unit Newtons per Square centimeter (N/cm2). Lama kelamaan, tension screen akan kehilangan regangan setiap kali stroke/tarikan daripada squeegee dan akan menggangu mesh. Merumitkan lagi, mesh tidak akan kembali ke bentuk/regangan asal. Screen yang mempunyai tension yang tidak tepat akan menyebabkan banyak isu.

  1. Miss alignment

Tension yang tidak tepat akan menjejaskan registration. Walaupun artwork anda disediakan secara sempurna, film positive dicetak dengan baik dan lurus, dan juga table printing anda cun melecun, screen printing mesh tension yang tidak tepat akan menghasilkan cetakan yang tidak lurus. Anda tahu moire’?, ini adalah puncanya juga.

  1. Stensil/Frame cepat rosak.

Screen printing mesh tension akan memberi kesan kepada stensil anda. Stensil akan lebih cepat rosak dengan regangan yang melebihi hadnya. Stensil yang boleh menyebabkan screen mesh berlubang, cetakan pada hujung design menjadi samar dan kehilangan detail dalam cetakan anda.

  1. Cetakan comot

Jika screen mesh anda tidak dijaga dengan regangan/tension yang sesuai, cetakan akan menjadi comot daripada hasil ink yang melekat pada mesh dan pengagihan ink tidak sekata.

  1. Cetakan blur dan kehilangan detail.

Screen mesh blok/frame yang mempunyai regangan/tension yang rendah lebih mudah mengakibatkan ink yang dicetak dari lapisan warna lain sebelum itu dikutip bersama, kerana mesh tidak “snap” ke tempat asal selepas dilalui oleh squeegee. Timbunan daripada ink sebelum ini akan terkumpul dan menutup lubang mesh. Menghalang ink cetakan untuk tidak dapat dicetak, menyebabkan cetakan menjadi samar dan kehilangan detail.

  1. Perlu lebih tekanan untuk mencetak.

Regangan/tension yang rendah juga menyebabkan cetakan screen printing secara manual menjadi lebih sukar, kerana perlu menggunakan lebih tekanan untuk ink melalui screen mesh ke substrate.

Kenapa? Jika bercakap menggunakan sains dan fizik sebenarnya simple sahaja. Ia adalah kerana screen mesh tidak mencapai surface tension yang optimum untuk ink melalui mesh. Ada yang nak faham lebih lanjut ke? PM unutk keterangan. 😀

 

Jadi berapa tension yang diperlukan?

Persoalan itu akan saya jawab pada blog Tips Screen Printing – Ketegangan Blok/Frame Ideal Siri 2

Jangan lupa Like, Comment & Share. 😀

 

 

 

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on pinterest
admin

admin

Muhammad Ikhwan. CEO Inter Nexus S/B (dikenali sebagai Inter Sticker) & Managing Director, Inter Couture S/B. - MSc. Technical Textiles, University of Manchester. - Top 3 Usahawan Belia Bumiputera Terbaik Malaysia. - Most Outstanding CEO (SME@University)

Leave a Replay

About Me

Muhammad Ikhwan. CEO Inter Nexus S/B (dikenali sebagai Inter Sticker & pengasas Inter Couture S/B.

– Head of Delegate for Malaysia at ASEAN  – China Young Entrepreneur Forum

– MSc. Technical Textiles, University of Manchester.

– Top 3 Usahawan Belia Bumiputera Terbaik Malaysia.
– Most Outstanding CEO (SME@University)

Recent Posts

Follow Us

Perlukan lebih banyak info? Hantarkan email anda dibawah

Dapatkan berita dan tip – tip terbaru dalam industri tekstil dan pakaian.