fbpx

Tips Screen Printing – 4 Asas Mesh

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Keliru dengan mesh screen printing? Bagaimana nak memilih mesh dengan tepat. 

Mesh nie untuk apa? Keliru ada 800, 1000, 1200 dan ada pula sebut 70T – 120T. Yang mana yang sesuai untuk setiap perbezaan LPI? Ada putih ada kuning. hmmm

Saya akan berkongsi serba sedikit 4 Asas Mesh untuk proses screen printing bagi rujukan anda. Supaya lebih mudah anda ingin membuat keputusan dan tingkatkan kualiti cetakan anda. 

screen printing mesh

1. Apa itu Kain Mesh Screen Printing

Kain mesh boleh dibuat daripada polimer sintetik, seperti nylon, dan polyester yang halus dan kecil. Ia  digunakan untuk design yang memerlukan tahap terperinci yang lebih tinggi dan lebih halus. Untuk mesh yang berkesan, ia mesti dipasang pada bingkai dan ia mesti berada di bawah ketegangan yang sesuai. 

Bingkai yang memegang mesh boleh dibuat dari pelbagai bahan, seperti kayu atau aluminium, bergantung pada kecanggihan mesin atau prosedur tukang. Ketegangan mesh boleh diperiksa dengan menggunakan tensiometer; unit biasa untuk pengukuran ketegangan mesh adalah Newton per centimeter (N / cm).

Mesh Plain weave
Mesh Plain weave

Stensil dibentuk dengan menyekat bahagian-bahagian skrin dalam imej negatif design yang akan dicetak; iaitu, ruang terbuka adalah di mana dakwat/ink akan dicetak pada substrat (eg; kain, pakaian & etc).

Kebiasaanya screen akan melalui proses pre-press, dimana emulsion akan diaplikasikan pada mesh. Apabila emulsion itu kering, ia akan didedahkan dengan cahaya UV,  dan image secara negatif design akan dihalangi menggunakan melalui cetakan pada filem. 

Kawasan emulsion yang terdedah pada cahaya akan mengeras. Bahagian yang tidak terdedah akan disemburkan dengan air untuk menanggalkan bahagian imej negatif design untuk cetakan yang diingini, yang akan membolehkan laluan dakwat. Ia adalah satu proses yang positif.

2. Size Mesh Screen Printing

Anda keliru dengan size mesh ada sebut 800, 1000, 1200 dan ada juga sebut 70T, 120T. Ape beza sebenarnya?

Sebenarnya mudah sahaja kiraannya nampak berbeza kerana ada yang dikira dalam susunan benang mesh dalam inci dan cm. Di US mereka lebih selesa menggunakan kiraan didalam INCI. Carta dibawah adalah saiz – saiz mesh yang digunakan didalam screen printing di US. Iaitu susunan bilangan benang didalam 1 Inci kain mesh.

Screen Printing Mesh Chart2
Screen Printing Mesh Chart2

Boleh dilihat dibahagian kiri bermula dari 38 sehingga 420, itu adalah American System. Bagaimana pula yang jadi sampai mesh 1000, 1200 dan banyak lagi? Itu sebenarnya juga kiraan dalam Inci tetapi didarab dengan 10(Kenapa kene didarab 10? KLIK SINI!

Masih keliru?

Kerana terdapat 2 sistem iaitu American System & English System.

American System lebih senang menggunakan dalam INCI
Manakala English System lebih selesa menggunakan metric count iaitu dalam CM

Jika 1 Inci = 2.54cm.

Bagi English System mereka akan menggunakan kiraan secara metric iaitu dalam CM. Kebiasaaannya, mereka letakkan “T” pada hujung nilai mesh, seperti contoh 70T ataupun 120T. Jika 120T bermaksud 120 barisan benang didalam 1 CM. “T” juga bermaksud Thread.

Untuk mesh 1200, maka kiraannya adalah;

1200/10 = 120
*(Dibahagi 10 kerana ingin meneutralkan semula kiraan mengikut kiraan benang per Inci bukan termasuk bilangan twisted yarn)

120/2.54 = 47.244T

Secara ringkasnya kita boleh lihat pada hujung mesh ditulis 48T. Maka mesh 1200 sebenarnya adalah juga mesh 48T.

Kesimpulannya;

Dalam CM = 48T
Dalam Inci = (120×10) = 1200 

 

3. Cara Penggunaan Mesh Mengikut Ink

Jika anda telah lama terlibat dengan screen printing, semestinya sudah terdedah dengan ink yang pelbagai. Water Based Ink, Plastisol Ink, Special Effects Ink seperti Glitter ataupun glow in the dark.

Tetapi setiap ink mempunyai keperluan dan mesh tertentu yang sesuai. Dibawah kami listkan jenis mesh dan yang sesuai untuk penggunaan jenis ink.

  • 25T to 40T mesh count screens amat ideal untuk ink glitter atau shimmer inks, kerana ink ini mengandungi zarah ataupun bendasing yang sukar untuk dilalui dengan saiz mesh yg kecil. 
  • 60T mesh count bagus untuk cetakan keluaran ink yang tinggi. Selalu digunakan untuk cetakan nombor blok dan huruf bagi jersi.
  • 80T to 86T mesh count selalu digunakan bagi penggunaan ink heat transfer, underbase yang lebih tebal dan ketika menggunakan beberapa jenis speciality inks seperti puff.
  • 110T to 160T mesh count adalah yang paling verstail dan paling biasa digunakan didalam cetakan screen printing. Screen yang lebih rendah lebih sesuai untuk cetakan pengeluaran ink yang lebih tebal dan cetakan pada pakaian warna gelap. Manakala screen yang lebih halus, ia lebih sesuai untuk cetakan yg lebih terperinci disamping pengeluaran ink yang terkawal.
  • 180T to 200T mesh counts amat bagus untuk cetakan imej bagi ink cerah pada fabric gelap. 
  • 230T to 280T mesh count akan mengeluarkan hasil cetakan terperinci dengan rasa tangan dengan lebih lembut. Walaubagaimanapun, oleh kerana pengeluaran ink lebih sedikit, cetakan tidak begitu terang ataupun menyerlah.
 

4. Cara Memilih Mesh mengikut LPI

Walaupun ada cara terperinci untuk memilih mesh sesuai untuk bagi screen printing. Dimana kita perlu merujuk kepada Thread Diameter serta penggunaan micron mengikut kesesuaian struktur kain.

 

Halftone Dot
Halftone Dot

 

Saya cuba ringkaskan dengan hanya 2 formula mudah.

Kita mulakan dengan halftone dot. Untuk menentukan mesh yang sesuai untuk digunakan mengikut dot, kita akan darabkan dengan 4.5.

Dot Size x 4.5 = Mesh Count

Sebagai contoh, katakanlah artwork 65LPI (Lines per Inch) dots: 

65 LPI x 4.5 = 292.5 

Jadi kita perlukan menggunakan mesh 292.5 atau yang lebih tinggi untuk dot 65LPI. Paling dekat adalah mesh 305 ataupun jika kebiasaan di Malaysia akan didarab dengan 10 kerana dikira bilangan twisted yarn menjadi 3050. Wahh!!! Nampak tinggi bukan. Itulah kenyataan. hehe

Jadi jika mesh 305 untuk ditukar kepada unit metric iaitu CM, perlu dibahagi dengan 2.54.

305/2.54 = 120

Jadi dengan unit;
Inci – Mesh 305 atau 3050
CM – Mesh 120T

Sekarang, jika kita tiada banyak pilihan mesh. Contoh jika kita ada mesh 1200 (kiraan Malaysia style) sahaja. Kita boleh terbalikkan formula dengan membahagi mesh count dengan 4.5 , dan dibahagi lagi dengan 10 kerana mesh di Malaysia secara umumnya didarab 10.

Mesh Count / 4.5 = LPI

Sebagai Contoh;

1200 Mesh Count / 4.5
= 266.66/10

= 26.6LPI

Jadi dot paling kecil kita boleh print untuk mesh 1200 (47T) adalah 43.4LPI

Menggunakan mesh yang betul adalah amat penting didalam screen printing. Bila mencetak cetakan dot halftone, mesh yang betul merangkumi 90% daripada hasil kualiti keluaran. 

 

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter

Leave a Replay

admin

admin

Muhammad Ikhwan. CEO Inter Nexus S/B (dikenali sebagai Inter Sticker) & Managing Director, Inter Couture S/B. - MSc. Technical Textiles, University of Manchester. - Top 3 Usahawan Belia Bumiputera Terbaik Malaysia. - Most Outstanding CEO (SME@University)

About Me

Muhammad Ikhwan. CEO Inter Nexus S/B (dikenali sebagai Inter Sticker & pengasas Inter Couture S/B.

– Head of Delegate for Malaysia at ASEAN – China Young Entrepreneur Forum

– MSc. Technical Textiles, University of Manchester.

– Top 3 Usahawan Belia Bumiputera Terbaik Malaysia.
– Most Outstanding CEO (SME@University)

Recent Posts

Follow Us

Perlukan lebih banyak info? hantarkan email anda

Dapatkan berita dan tip – tip terbaru dalam industri tekstil dan pakaian.