admin
Homepage || 5 Kelebihan Printing Sublimation
- September 3, 2018
- , 9:16 am
- , Uncategorized
5 Kelebihan Printing Sublimation
Pemakaian jersey teknik printing sublimation di Malaysia menjadi trend bagi orang bersukan mahupun pakaian secara santai. Sejarah pemakaian sublimation jersey mendapat tempat rakyat Malaysia bermula rancak pada tahun 2016.
Kenapa jersey sublimation begitu diminati?
Kami akan kongsikan kelebihan dari sudut kelebihan teknik printing sublimation dan material kain jersey itu sendiri.
Dari segi teknik sublimation printing, ia mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi full color printing, design sublimation yang nampak lebih unik & harga lebih murah berbanding printing baju secara full body dengan kebiasaan teknik silkscreen.
1. Full Color Printing
Jika sebelum ini kita biasa melihat cetakan dengan teknik silkscreen dimana rata – rata pekedai akan mengatakan semakin banyak warna semakin tinggi kos pembuatan kerana setiap warna memerlukan blok/stencil berbeza.
Kelebihan teknik sublimation printing ini adalah tiada had warna kerana teknik printing ini dicetak secara digital. Kebanyakkkan mesin printing sublimation selalunya akan dicetak menggunakan ink CMYK. Warna – warna ink terbabit akan digabungkan untuk menghasilkan lebih banyak warna gamut warna ataupun ruangan hasil warna yang lebih luas.
Untuk memahami apa itu gamut warna, layari; https://epxx.co/artigos/gamut_en.html
Silk Screen Printing
Sublimation Printing (Digital)
2. Design Sublimation Unik
Ia adalah lebih unik kerana design dapat dihasilkan dan mencetak jersey secara menyeluruh. Setiap bahagian jersey, depan, belakang & lengan dapat di custom mengikut kehendak pelanggan itu sendiri. Ini menjadikan design sublimation lebih unik dan nampak lebih istimewa.
Oleh kerana teknik printing sebelum ini dicetak menggunakan blok/stencil yang menghadkan kedudukan dan ruangan mampu untuk baju di print. Teknik printing sublimation pula tiada had kedudukan dan ruang untuk baju di print. Menjadikan had design melangkaui imiginasi.
3. Harga Murah
4. Lebih Selesa
Paling ketara, bila dipegang anda tidak akan rasa seperti dicetak kerana ink telah meresap kedalam benang/kain.
Bagaimana proses ini berlaku?
Secara konsepnya ink dalam bentuk solid apabila dipanaskan bertukar menjadi gas dan meresap kedalam benang/kain. Terbentuk ikatan kimia antara ink dan benang/kain. Bahasa pasarnya, sedaging. 😀
5. Bebas Pencemaran Alam Sekitar
Tahukah anda, industri tekstil adalah antara penyumbang terbesar di dalam pencemaran alam sekitar. Proses perwarnaan kain yang banyak menggunakan air dan pencemaran berlaku ketika proses – proses perwarnaan dilakukan, baki cecair dan air tercemar terbabit dilepaskan ke saliran air.
Printing sublimation menggunakan air yang sangat minimum. Tiada air tercemar akan dilepaskan ke saliran air. Kerana hampir semua ink warna yang di print, meresap kedalam benang/kain.
Kelebihan – kelebihan ini amat memberi kesan kepada si pemakainya. Memang patutlah printing sublimation ini diminati oleh ramai orang. Memakai jersey sublimation membuatkan si pemakai nampak unik dengan design sublimation yang pelbagai warna. Menjadi tumpuan apabila berada di khalayak ramai. Sebagai pewaris generasi baharu, teknik sublimation ini, secara tidak langsung kita akan menjaga alam sekitar dan ini memberikan satu nilai tambah yang tinggi dimana kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab menjaga nasib masa hadapan.