fbpx
Idea Design

 

Cara Design Baju Kelas & 5 Tips Mendapatkan Design Terkini.

 

Baju T Shirt dengan Design Baju Kelas? Terbaik! Eratkan silaturahim korang dengan memakai baju t shirt berkumpulan tapi bagaimana nak dapatkan design baju? 😥

 

Opps, Bukan baju design kelas sahaja kami buat, semestinya pelbagai lagi. Sudah menjadi trend setiap awal dan akhir tahun, pelanggan kami mendapatkan t shirt untuk pelbagai acara atau majlis.

 

Disini kami akan kongsikan Cara Design Baju & 5 Tips mendapatkan design baju t shirt terkini.

 

Memang menjadi kebiasaan baju t shirt printing menjadi pilihan bagi design baju kelas, design baju family day, design baju couple atau design baju merdeka. Semestinya kita tak mahu design suram, design baju perlulah yang menarik & paling cantik. Kan? Jadi ini tips kami untuk korang dapatkan design paling cantik dengan lebih mudah. 😍

 

Printing Baju dengan design baju kelas, baju family day dan caranya. 

Semestinya kita inginkan design yang terbaik dibawah ini kami kongsikan 5 Tips Bagaimana mendapatkan apa yang anda inginkan.

 
 

1. Jenis Design

 

OK! Sebelum kita mulakan, saya akan kongsikan sedikit dari mula cara mendapatkan design yang power. Jika bercakap mengenai design ada dua jenis design yang dikategorikan;

1. Tulisan.

2. Tulisan + Grafik

design baju kelas
Tulisan

 

Design Baju Kelas Tulisan + Grafik
Tulisan + Grafik

 

Nie antara contoh design grafik  baju hadiah untuk ibu

Dan ini pula hadiah untuk lelaki bergelar bapa grafik + tulisan.

Untuk grafik tulisan kita boleh bermain dengan saiz kecil dan besar tulisan serta jenis tulisan untuk memberi impak Ummpphh pada design. 😍

 

Manakala design grafik + tulisan paling penting adalah pilihan warna yang tepat dan bersesuaian. Saya cadangkan design grafik yang tidak terlalu berat. Keep it Simple orang putih kata. Hee

 

2. Jenis Printing


Mungkin selama nie kalau dengar saja t shirt printing untuk design baju, mesti kita akan beranggapan semua sama saja. Betul tak?

Sebenarnya t shirt printing nie ada pelbagai jenis printing, antaranya adalah;

 

  1. Silk Screen Printing

  2. Heat Press

  3. DTG

  4. Sublimation

 

Silk Screen printing ataupun dalam bahasa melayu cetak saring sutera adalah cara printing baju paling sesuai untuk kuantiti yang banyak. Jika ada majlis ataupun keramaian dengan bilangan banyak seperti baju family day atau baju rewang, semestinya kos printing baju murah. Teknik nie memang akan tahan lama. Baju koyak pun, ada je printing melekat pada baju. hehe

 

silkscreen printing
Silk Screen Printing

Heat Press, ini paling popular kalau print baju murah sehelai. Tidak perlu kuantiti minimum seperti silk screen printing. Printing heat press diproses dengan pemotongan ataupun cetak + pemotongan. Tapi dinasihatkan jenis printing heat press ini kurang tahan lama sebab dia macam sticker tapi untuk baju tapi ok la kalau nak pakai tak sampai 30 kali.

 

heat press printing
Heat Press Printing

DTG ataupun nama panjang dia Direct to Garment printing. Ini paling jimat  kalau nak print berapa banyak sekali pun dengan kualiti tahan lama macam silk screen  . Sebab dia macam printer kertas tapi untuk baju. Bila saya kata jimat tak semestinya paling murah..hehe. Kalau nak buat silk screen banyak warna tentu mahal. Kalaulah printing baju 8 warna mmg kalau nak buat sehelai mahu RM200++ tapi kalau DTG unlimited warna lebih kurang RM40 – 55. Jimatkan?

 

DTG Printer
DTG Printing

Sublimation printing pula paling special. Kita boleh print design secara full body. Memang lain dari yang lain tapi ia hanya pada kain polyester ataupun lebih mudah nak hadam, kain jersey. Sublimation jersey memang cool. Harga tinggi sedikit tetapi berbaloi.

sublimation printing
Sublimation Printing

 

Masih tak nampak macam mana proses? Saya kongsikan penerangan lanjut dari Printful : https://www.printful.com/blog/infographic-the-difference-between-dtg-screen-printing-and-sublimation-printing/

 

3. Printing Efek

 

Kalau nak lain dari yang lain. Jenis printing baju special efek ini akan buat design korang betul – betul rare. Ini adalah contoh jenis printing special efek.

 

a. High Density

High Density Printing
High Density Printing

Jenis printing ini digunakan jenama – jenama yang mahal. Kita boleh lihat printing itu lebih tinggi, dan agak tebal. Dari jauh terus, wow!

 

b. Glitter

 
Glitter Printing
Glitter Printing

 

Printing Glitter menampakkan kemeriahan. Lip lap lip lap kalau tengok.

 

c. Rhinestones

 
Rhinestone
Rhinestone

 Jika kita biasa tengok tudung bawal batu berlian, begitulah juga t shirt bila menggunakan teknik Rhinestone.

 

d. Discharge

 
Discharge printing
Discharge Printing

Teknik kita akan dapat rasa macam baju tak diprint pun. Orang cakap warna jadi sedaging. Ink akan meresap ke dalam benang. Ini akan membuatkan printing pada baju lebih lembut bagaikan bukan diprint.

 

4. Google

Tak dapat idea design terkini. Apa lagi google je la 😃. So pergi ke google search, sebagai contoh type “baju kelas terkini” dan pilih carian Images. Sudah pasti akan banyak design – design contoh yang keluar untuk menjadi pilihan korang.

Tapi ape nak buat lepas tu? Korang boleh hantarkan kepada syarikat cetakan baju pilihan korang. Sebagai contoh, korang google dan dah dapat gambar. Hantar saja kepada team sales kami di sales@internexus.my . Team kami akan uruskan semuanya mengikut kehendak korang. 😃✌

5. Contoh Design Inter Nexus

SHARE THIS

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on google
Share on email
Share on twitter
Share on linkedin
kebaikan bersenam berbasikal

8 Kebaikan Bersenam Secara Berbasikal

Kebaikan bersenam secara umumnya kita sudah tahu kepentinganya. Walaubagaimanapun ada sukan yang kian diminati ramai iaitu berbasikal. Sejak Azizul Hasni Awang,  pelumba  negara telah banyak

Read More »
sublimation printing

5 Kelebihan Printing Sublimation

Pemakaian jersey teknik printing sublimation di Malaysia menjadi trend bagi orang bersukan mahupun pakaian secara santai. Sejarah pemakaian sublimation jersey mendapat tempat rakyat Malaysia bermula

Read More »