fbpx

2 Jenis Kain Utama T-Shirt Di Malaysia

Apabila kita ingin membeli t- shirt, terdapat pelbagai jenis kain yang ada dipasaran. Kombinasi fabrik, gaya & beza antara pengeluar menyebabkan susah untuk kita membuat pilihan. Terdapat tiga (2) kain yang amat biasa digunakan dalam pembuatan t – shirt iaitu 100% Cotton ataupun Cotton Campuran Polyester. Tapi yang mana pilihan yang paling bagus? Secara ringkasnya, bergantung pada kehendak pelanggan.

Kain 100% cotton mampu mengalirkan udara dengan sangat baik, maka kita akan berasa lebih sejuk walaupun berada didalam cuaca panas. Walaupun begitu, semakin tebal kain cotton, semakin berkurang pengaliran udara. 100% Cotton lebih senang terkoyak  bergantung pada struktur kaitan kain terbabit. Dari segi keselamatan, fabrik cotton yang tidak di tambah dengan bahan tahan bakar akan mudah terbakar. Cotton sebagai bahan semulajadi bernilai lebih mahal berbanding bahan sintetik seperti polyester.

Polyester juga mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan sepertimana cotton. Polyester kurang mengalirkan udara dan cenderung untuk melekat pada badan apabila penguapan berlaku. Namun demikian, dari segi ketahanan, polyester lebih elastik dan tahan koyak. Oleh kerana, polyester tidak bergantung pada sumber asli yang sangat banyak, ia adalah lebih murah berbanding 100% cotton.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email